Kedai EMAS SRI SEMANTAN Rasmikan Cawangan Ke-18 Di SUNGAI PETANI; Sasar Jadi ‘Soorga Emas Preloved’ Nombor Satu Malaysia
SUNGAI PETANI, KEDAH, 5 Julai 2026 – Kedai Emas Sri Semantan terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri emas negara dengan pembukaan rasmi cawangan ke-18 di Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Langkah strategik ini mencerminkan komitmen syarikat dalam memperkasakan ekonomi rakyat, khususnya kaum Bumiputera, menerusi pelaburan dan simpanan emas yang bijak.
Majlis perasmian gilang-gilang tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Baddrol Bin Bakhtiar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, serta dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi Emas Sri Semantan Sdn Bhd termasuk Pengerusinya, Tuan Mohamad Hafizal bin Haji Mahmood.
Kami berazam untuk menjadikan Emas Sri Semantan sebagai Soorga Emas Preloved Nombor Satu di Malaysia—sebuah platform yang bukan sahaja dipercayai, tetapi memberi manfaat sebenar kepada ekonomi ummah.
Bermula sebagai sebuah kedai kecil, Emas Sri Semantan kini membuktikan pertumbuhan luar biasa hasil kepercayaan padu daripada para ahli, rakan strategik, dan masyarakat umum.
Dengan visi yang jelas dan strategi yang kukuh, syarikat tekad memacu langkah untuk terus menjadi benteng kewangan masyarakat ketika mendepani waktu sukar.




